Blog/Corporate Training

Training Digital Marketing dan Sales Team: Kenapa Kena Latih Dua-Dua Serentak

Kaio12 Nov 20267 min baca
Team marketing dan sales syarikat dalam sesi latihan berkumpulan

Team marketing kata: “Lead dah banyak, sales tak closing.”

Team sales kata: “Lead yang masuk semua tak berkualiti.”

Dua-dua betul, dan dua-dua salah. Masalahnya selalu di tengah: tempat lead bertukar tangan dari marketing ke sales. Sebab tu saya sarankan training digital marketing untuk syarikat melibatkan sales team sekali.

Kenapa training digital marketing kena libatkan sales team?

Sebab hasil marketing diukur pada jualan, bukan pada jumlah lead. Kalau marketing dilatih bawa lead tapi sales tak dilatih balas dengan cepat, follow up dengan konsisten dan jawab bantahan, lead tu terbuang. Latih dua-dua team serentak supaya mereka guna bahasa yang sama, faham kualiti lead yang sama, dan berkongsi satu sistem.

Masalah hand-off lead antara team marketing dan sales

Apa yang team marketing perlu belajar?

  • Positioning dan tawaran yang jelas untuk setiap produk atau servis
  • Struktur campaign Meta ads, bajet dan cara baca hasil. Rujuk panduan Meta ads untuk bisnes servis
  • Content yang jawab soalan sebenar pelanggan
  • AI untuk percepatkan content dan laporan
  • Cara ukur kos per lead dan kualiti lead, bukan sekadar reach

Apa yang team sales perlu belajar?

  • Masa balas pertama dan mesej pembuka yang betul
  • Skrip follow up untuk pelanggan yang senyap. Rujuk skrip follow up customer
  • Cara jawab bantahan seperti “mahal” dan “nak fikir dulu”. Rujuk cara jawab customer kata mahal
  • Cara guna label dan status dalam sistem WhatsApp berkongsi
  • Laporan ringkas yang leader boleh semak setiap hari

Contoh modul latihan untuk syarikat

Untuk program in-house dua hari, susunan yang saya biasa guna:

  1. Hari 1 pagi (dua-dua team): perjalanan pelanggan dari iklan sampai closing, dan di mana lead hilang.
  2. Hari 1 petang (marketing): campaign, creative dan content.
  3. Hari 2 pagi (sales): respons, follow up dan bantahan, dengan latihan role play.
  4. Hari 2 petang (dua-dua team): sistem hand-off, definisi lead berkualiti dan laporan bersama.

Saya pernah latih sales team pengedar kereta seperti Honda, Proton, Perodua dan JAECOO, dan susunan macam ni bagi kesan paling cepat sebab kedua-dua pihak nampak masalah yang sama.

Macam mana nak ukur hasil latihan?

Pilih tiga hingga lima angka sebelum latihan dan semak semula 30 hingga 60 hari selepas. Contohnya: masa balas pertama, peratus lead yang di-follow up, kadar lead jadi temujanji atau jualan, kos per lead, dan jumlah jualan dari lead online.

Cara pantau prestasi sales team secara harian ada dalam cara pantau prestasi sales team.

Soalan lazim

Training ni boleh claim HRD Corp ke?

Boleh, jika dijalankan sebagai program HRD Corp claimable oleh penyedia latihan berdaftar dan majikan mohon geran sebelum tarikh latihan. Proses penuh ada dalam panduan HRD Corp claimable training.

Berapa orang sesuai untuk satu sesi?

Sepuluh hingga dua puluh lima orang sesuai untuk latihan praktikal dengan role play dan kerja campaign sebenar.

Kalau syarikat kami guna agensi untuk iklan, perlu lagi ke latih team marketing?

Perlu, sekurang-kurangnya untuk faham dan semak kerja agensi, sediakan content, dan uruskan lead. Sales team pula tetap perlu dilatih kerana lead dari agensi akhirnya diuruskan oleh mereka.

Latihan ni sesuai untuk industri apa?

Paling sesuai untuk bisnes yang jual melalui lead dan WhatsApp: pengedar kereta, hartanah, klinik, pendidikan, kewangan dan servis profesional.

Langkah seterusnya

Saya jalankan latihan in-house untuk team marketing dan sales, boleh claim HRD Corp. Lihat Corporate Training.

Kaio
Kaio · Khairul Anwar Abdullah

HRD Corp Accredited Trainer. 13 tahun dalam content creation, dan dalam digital marketing sejak 2015. Pernah uruskan marketing dan pipeline leads dalam industri car dealership, healthcare, bisnes jual produk dan bisnes servis. Kini melatih team marketing dan sales syarikat.

WhatsApp