Tentang · Khairul Anwar bin Abdullah
Bisnes tak pernah berhenti. Cuma caranya je yang berubah.
Hai, saya Kaio. Dah 13 tahun saya main kamera, buat content dan run ads. Lima tahun pula saya duduk dalam bisnes orang sebagai operator, dalam tiga industri berbeza. Semua tu yang bentuk cara saya mengajar hari ni.
Tourist guide berlesen
Hampir setiap hari saya bercakap depan berpuluh pelancong luar, sampailah 2015. Masa tu tak sangka pun, rupanya skill paling saya guna hari ni datang dari situ: bercakap depan orang.

Kaio Studio bermula
Wedding, corporate video, program TV, commercial dan video marketing untuk SME. Zaman tu, semua saya buat sendiri.

Most Glam Next Top Fashion Videographer
Dari Glam Magazine dan Veedo.my.

Kaio Studio & Production Sdn Bhd
Saya buka studio sendiri di Shah Alam. Kat sinilah saya belajar satu benda yang ramai orang masih sangkut sampai hari ni: macam mana nak buat video yang orang memang nak tengok, bukan sekadar cantik.

Winner, Travel Videographer
Dari TMPL Backpackers.
PKP datang. Studio tutup.
Masa tu saya perasan satu benda yang agak pahit. Ramai client kami ada video cantik, tapi WhatsApp diorang tetap senyap. Jadi saya terus all-in ke digital marketing, dan belajar balik bahagian yang saya belum betul-betul master: struktur campaign, pixel, dan cara baca data.
Dalam lebih kurang setahun, produk digital yang saya jual melalui Kaio Academy capai RM1 juta jualan.
Lima tahun jadi operator, dalam tiga industri
Dealer kereta recond, Kuala Lumpur. Saya masuk sebagai consultant luar, last-last jadi Digital Marketing Manager dalaman. Kerja saya bina pipeline lead yang suap team sales setiap hari.
Jualan tahunan RM9 juta → lebih RM70 juta
Agensi marketing healthcare. Saya pegang jawatan Vice CEO. Kami urus marketing untuk klinik GP, klinik gigi, estetik dan fisioterapi.

Stokis produk TikTok Shop. Saya Marketing Manager untuk operasi dengan revenue RM350K hingga RM450K sebulan. Bila dah sampai skala tu, masalah sebenar bukan lagi idea content. Masalahnya SOP dan cara urus team.

HRD Corp Accredited Trainer
Lepas lulus Train The Trainer, saya mula buat corporate training yang syarikat boleh claim HRD Corp. Antara yang awal, bengkel media sosial dan AI untuk pegawai komunikasi KKM.

Trainer. Coach. Dan masih turun padang.
Saya masuk dalam bisnes anda, betulkan cara marketing dan team sales bergerak, lepas tu saya keluar bila sistem tu dah boleh jalan sendiri, tanpa perlu saya ada.
Zaman Kaio Studio
Antara jenama yang pernah kami rakam.
Fesyen, media, korporat dan hartanah. Dari set penggambaran inilah saya belajar apa yang buat orang berhenti scroll.


















Pengiktirafan
Sijil, anugerah dan media.
Untuk team HR dan L&D yang nak semak latar belakang saya dulu. Memang patut pun.


Sejak 2025. Program saya boleh di-claim HRD Corp.
Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2025.
Pemandu Pelancong, 2008.
Glam Magazine & Veedo.my, 2015.
TMPL Backpackers, 2018.
Liputan dua muka surat dalam Berita Harian, dan temu bual di TV3.
Jom sembang
Nak cepat? WhatsApp je saya.
Biasanya saya balas dalam satu hari bekerja. Bagitahu sekali bisnes anda buat apa, dan bahagian mana yang paling pening sekarang. Senang kita terus ke point.
Emel: hello@kaio.com.my