Khairul Anwar bin Abdullah · Kaio

Marketing Yang Ada Sistem.
Dibina Dengan AI.

AI percepatkan. Pengalaman yang menentukan.

Saya Kaio. Saya latih team, coach owner bisnes, dan sampai hari ni masih pegang akaun ads client sendiri. Jadi apa yang saya ajar, saya dah cuba dulu. Salah satunya, sistem lead yang bantu sebuah dealer kereta naik dari RM9 juta ke lebih RM70 juta jualan setahun.

WhatsApp 017-236 0967 · hello@kaio.com.my · Bukit Jelutong, Shah Alam

Kaio, HRD Corp Accredited Trainer, di studio rakaman
masih turun padangSaya masih pegang akaun ads client setiap minggu.
HRD CorpAccredited Trainer. Program boleh di-claim HRD Corp
13 tahunmain kamera, buat content dan run ads
10,000+orang belajar online dengan saya, 500+ dalam corporate training
RM500K+duit ads yang saya sendiri urus

Team yang pernah saya latih

Kementerian Kesihatan Malaysia
Honda
Perodua
Proton
JAECOO
Suzuki
Coway
Kolej Profesional MARA
Universiti Teknologi MARA
Management & Science University
Wawa Idris School of Excellence

Kisah saya

Studio saya tutup masa PKP. Itu pelajaran paling mahal saya.

Tahun 2016, saya ada studio production sendiri di Shah Alam. Kami shoot wedding, corporate video dan commercial. Video client cantik. Mereka puas hati.

Disember 2020, PKP paksa saya tutup studio tu. Masa tu baru saya nampak satu benda yang pahit: ramai client ada video cantik, tapi WhatsApp mereka tetap senyap.

Video cantik tak cukup. Ia kena jual, dan untuk jual ia perlukan sistem.

Saya orang kamera, bukan orang teknikal. Jadi saya belajar semula dari bawah. Lima tahun saya masuk dalam bisnes orang lain sebagai operator: dealer kereta, agensi marketing healthcare, dan stokis TikTok Shop. Banyak kali saya salah dulu sebelum betul.

Sekarang, sistem yang sama tu saya ajar kepada team korporat, owner bisnes dan sales agent.

Baca kisah penuh

Sesi photoshoot fesyen oleh team Kaio Studio
Kaio mengajar sesi latihan di Wise Academy
2009

Jadi tourist guide. Belajar bercakap depan orang

2013

Kaio Studio mula, kamera di tangan

2016

Buka studio sendiri di Shah Alam

Dis 2020

PKP. Studio tutup, saya pivot

2021 hingga 2025

Masuk tiga industri sebagai operator

2025

Jadi HRD Corp Accredited Trainer

Program & servis

Empat cara saya boleh bantu anda.

Pilih yang paling kena dengan situasi anda. Setiap satu ada detail penuh sendiri.

Syarikat · Kerajaan · Organisasi

Corporate Training

Team marketing dan sales anda belajar atas kerja sebenar mereka, bukan contoh dalam slide. Saya tanya dulu mereka sangkut di mana, baru saya susun outline.

Boleh claim HRD Corp · bersemuka atau online Lihat program ↗
Owner, sales agent & professional

Workshop

Kelas kecil, bersemuka, hands-on. Datang bawa masalah sebenar, balik dengan benda yang boleh terus guna.

Speak to Influence on CameraMeta Ads untuk Ejen TakafulSmartphone Videography
Jadual ikut program Tanya jadual akan datang ↗
Pemilik bisnes

Personal Coaching Meta Ads

1 to 1, atas akaun ads anda sendiri. Kita buat sama-sama sampai Meta jadi saluran jualan yang anda boleh harap. Bukan untuk semua orang.

Dari RM1,800 · bajet ads minimum RM1,000 sebulan Lihat coaching ↗
Belajar ikut masa sendiri

Kursus & Blueprint

Kursus video di Kaio Academy, boleh ulang bila-bila masa. Baru nak mula? Ambil Blueprint Dapat Klien dulu: pelan marketing + AI untuk dapat lebih ramai klien.

Blueprint RM17 · 10,000+ pembeli Kaio Academy Lihat Blueprint ↗ Semua kursus ↗

Tak ada team, dan perlukan orang jalankan ads dan content? Saya kerja dengan rangkaian specialist tetap. WhatsApp saya

Method KAIO

Ramai terus lompat ke AI. Saya mula dari K.

Training, workshop, coaching, semua ikut empat langkah ni. Tengok dua huruf di tengah.

KKnow

Faham customer, offer dan nombor anda dulu. Ini bahagian yang AI tak boleh buat untuk anda.

AAutomate

Bila arah dah jelas, baru AI masuk. Content, follow-up dan laporan jalan tanpa anda kejar.

IImprove

Setiap minggu, tengok nombor. Yang menang, besarkan. Yang bocor, tampal.

OOutperform

Leads lebih konsisten, team lebih laju, kos lebih terkawal. Itu markah sebenar.

AI di tengah. Manusia di depan. Hasil di belakang.

Training & speaking

Dari hospital kerajaan ke showroom kereta.

Antara team yang pernah saya latih. Kebanyakan peserta bagi skor feedback atas 90%.

Tengok program corporate training ↗

KerajaanUnit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia

Bengkel media sosial dan AI untuk pegawai komunikasi dari 14 hospital.

AutomotifTeam sales dealer Honda, Perodua, Proton, JAECOO dan Suzuki

TikTok Content & Live, dan Meta Ads untuk dapat leads.

PendidikanKolej Profesional MARA Seri Iskandar

TikTok Live Selling untuk pensyarah, supaya mereka boleh ajar pelajar pula.

PendidikanUiTM

Ceramah untuk agropreneur kecil yang nak bawa bisnes ke digital.

Sales agentEjen takaful dari pelbagai syarikat

Workshop Meta Ads untuk Ejen Takaful. Cara dapat leads sendiri, tanpa bergantung pada kenalan.

Workshop awamKaio Academy

Speak to Influence on Camera dan Smartphone Videography untuk owner dan professional.

Proof

Saya tak minta anda percaya cakap saya.

Biar mereka yang cakap. Owner, leader dan peserta training, depan kamera. Swipe untuk tengok lagi.

Client
"Sebelum ni susah nak dapat leads yang tanya pasal pembelian kereta secara online. Sekarang sampai tak menang tangan."
Haji ZuhairiCEO, Rasniaga Sdn Bhd · Kereta import
Client
"Respond sangat banyak sampai kita kena minta maaf pada customer sebab lambat reply. Dan sekarang kita dah tambah team sales."
Datuk Junaidah KittingPengasas De'Wajah · Skincare
Client
"Masa lockdown pun kita punya bisnes masih boleh berjalan. Hasil dari video yang kita dah buat tu, orang dah mula kenal."
Encik SyukriCEO, Khalifah Copier Sdn Bhd
Client
"Kami tak dibiarkan sendiri. Kami dibantu dari awal buat storyboard, bincang konsep, sampailah ke ending video."
Puan AyuFounder, TMPL Escapade & Tours
Client
"Percayalah, impaknya sangat berbeza bila anda serahkan video anda ke tangan profesional."
Putri MahirahRWA Kaizen Medifinance Advisory · MDRT
Corporate training
"Macam mana nak dapat idea content dengan lebih efisien, dan setup TikTok Live yang tarik lebih banyak leads. Serius, memang mindblown!"
Encik NikSales Advisor, dealer Honda
Corporate training
"Belajar macam mana nak buat TikTok Live yang boleh dapatkan leads. Sesi selama 2 hari ni memang best!"
Puan MariahSales Advisor, JAECOO
Corporate training
"Ingatkan TikTok Live ni cakap macam biasa je, rupanya ada struktur dan SOP dia untuk pastikan Live tu engaging."
Puan SitiPensyarah, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
Workshop

Dulu kena take banyak kali setiap kali rakam. Lepas workshop Speak to Influence, ada teknik yang sekali shoot terus settle.

Datin ZamzarinaFounder, DapoGo
Workshop

Dari tak confident depan kamera, kepada boleh bercakap dengan lancar selepas workshop Speak to Influence.

Puan ErnieFounder, Mimpi Head Spa
Group coaching

Masalahnya kapasiti team untuk Live berjam-jam. Lepas group coaching, content lebih konsisten dan Live boleh di-automate guna AI.

Puan NoridFounder, Asyiq Muslim · Modest sportswear

Hubungi saya

Dah kenal saya. Jom sembang.

Untuk training, workshop atau coaching, WhatsApp je terus. Saya balas dalam satu hari bekerja. Sebut sekali bisnes anda buat apa, dan bahagian mana yang paling pening sekarang.

WhatsApp017-236 0967
Emelhello@kaio.com.my
Threads, Instagram, TikTok@kaio_my
YouTube@coachkaio
LokasiBukit Jelutong, Shah Alam
WhatsApp