Unit komunikasi korporat hari ni bukan lagi sekadar sediakan kenyataan media. Mereka diharap hasilkan video pendek, infografik, hantaran harian, jawab komen orang ramai, dan kadang-kadang uruskan isu yang tular dalam beberapa jam.
Selalunya dengan team yang kecil. Sebab tu kursus media sosial untuk pegawai komunikasi perlu fokus pada kemahiran praktikal dan sistem kerja, bukan teori.
Apa yang pegawai komunikasi perlu belajar tentang media sosial?
Pegawai komunikasi perlu belajar menghasilkan content yang jelas dan mudah difahami orang awam, terutamanya video pendek, menggunakan AI untuk mempercepatkan draf dan reka bentuk dengan semakan yang betul, mengurus komen dan isu dengan pantas, dan membaca data untuk tahu content mana yang benar-benar sampai kepada rakyat atau pelanggan.

Kemahiran utama yang paling diperlukan
1. Tukar maklumat rasmi jadi content mudah faham
Pekeliling, polisi dan pengumuman perlu ditulis semula dalam bahasa orang ramai. Ini kemahiran paling penting dan paling jarang dilatih.
2. Video pendek dengan telefon
Rakam, sunting dan sari kata menggunakan telefon dan aplikasi mudah, supaya content boleh dihasilkan setiap minggu tanpa bergantung pada pembekal.
3. AI untuk draf, reka bentuk dan sari kata
AI mempercepatkan draf kapsyen, idea content, infografik dan sari kata. Tapi setiap hasil perlu disemak untuk ketepatan fakta dan kesesuaian nada rasmi.
4. Pengurusan komen dan isu
Cara membalas komen negatif, bila perlu naikkan isu kepada pengurusan, dan cara sediakan kenyataan ringkas dengan cepat.
5. Analitik asas
Membaca reach, tontonan, simpanan dan kongsian untuk tahu content jenis apa yang berkesan.
Bagaimana dengan tadbir urus dan polisi content?
Agensi dan syarikat perlu ada garis panduan yang jelas: siapa meluluskan content, data apa yang tidak boleh dimasukkan ke dalam alat AI, cara mengendalikan gambar orang awam, dan penggunaan jenama rasmi. Latihan yang baik memasukkan garis panduan organisasi sendiri, bukan sekadar teknik umum.
Kelajuan dan ketepatan perlu seiring. Sistem kelulusan yang jelas membolehkan team bergerak cepat tanpa risiko.
Contoh modul kursus satu hari
- Pagi: prinsip content untuk orang awam, contoh content agensi yang berkesan, dan garis panduan organisasi.
- Tengah hari: praktikal menulis semula maklumat rasmi menggunakan AI, dengan semakan fakta.
- Petang: rakam dan sunting video pendek menggunakan telefon, sari kata dan infografik.
- Penutup: kalendar content sebulan dan aliran kelulusan untuk unit masing-masing.
Saya pernah menjalankan bengkel AI dan media sosial untuk pegawai komunikasi korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan modul praktikal seperti ni yang paling banyak digunakan selepas latihan.
Soalan lazim
Kursus ni sesuai untuk pegawai yang tiada latar belakang media?
Sesuai. Kursus bermula dari asas dan fokus pada kemahiran yang boleh terus digunakan menggunakan telefon dan alat AI biasa.
Boleh ke guna AI untuk content agensi kerajaan?
Boleh, sebagai pembantu untuk draf dan reka bentuk, tertakluk kepada polisi organisasi. Maklumat sulit dan data peribadi tidak boleh dimasukkan, dan semua hasil perlu disemak sebelum diterbitkan.
Berapa lama tempoh kursus yang sesuai?
Satu hari sesuai untuk asas content dan AI. Dua hari sesuai jika ingin memasukkan latihan video yang lebih mendalam dan pengurusan isu.
Kursus untuk syarikat swasta boleh claim HRD Corp ke?
Untuk majikan berdaftar HRD Corp, program yang dijalankan di bawah skim HRD Corp boleh dibiayai melalui levi. Rujuk panduan HRD Corp claimable training.
Langkah seterusnya
Saya jalankan kursus media sosial dan AI untuk unit komunikasi korporat dan agensi. Lihat Corporate Training.



