Mesej masuk: “Berapa harga?” Staf balas cepat dengan angka. Dua tanda biru. Lepas tu senyap. Dua hari kemudian, customer tu sign dengan showroom sebelah.
Kalau customer tanya harga lepas tu senyap, biasanya bukan sebab harga anda terlalu mahal. Selalunya sebab cara harga tu dijawab. Artikel ni tunjuk cara balas soalan harga di WhatsApp yang buka perbualan, bukan tutup.
Kenapa customer senyap selepas dapat harga?
Bila anda balas dengan angka sahaja, pelanggan cuma ada satu benda untuk dibanding: nombor. Tanpa konteks, mereka bawa angka tu ke bisnes lain, dan yang paling murah selalunya menang. Balasan yang baik beri julat harga, konteks, dan satu soalan untuk teruskan perbualan.

Cara balas soalan harga yang buka perbualan
Gunakan struktur tiga langkah ni:
- Akui soalan. “Boleh, saya terangkan.”
- Bagi julat dengan konteks. “Untuk (jenis kes biasa), sekitar RM(x) hingga RM(y).”
- Tanya satu soalan. “Boleh saya tahu (keperluan utama)? Senang saya bagi angka yang lebih tepat.”
Contoh untuk klinik gigi:
Boleh. Scaling dan polishing biasanya sekitar RM(x) hingga RM(y), bergantung pada keadaan gigi. Bila kali terakhir (nama) buat scaling? Senang saya cadangkan yang sesuai.
Contoh untuk SA kereta:
Untuk model ni, harga on the road bermula RM(x), bergantung pada varian dan promosi bulan ni. (Nama) nak guna untuk family atau ulang-alik kerja? Saya boleh cadangkan varian yang paling berbaloi.
Bila patut bagi harga penuh terus?
Bagi harga penuh bila servis anda memang standard, seperti pakej tetap, dan pelanggan dah faham apa yang mereka beli. Walaupun begitu, tetap tutup dengan soalan atau langkah seterusnya, contohnya slot temujanji.
Apa nak buat bila customer dah senyap?
Follow up dengan sesuatu yang membantu, bukan “macam mana?” Contohnya kongsi apa yang termasuk dalam harga, testimoni kes yang sama, atau tanya kalau ada bahagian yang belum jelas. Lima hingga tujuh hari kemudian, tawar langkah kecil seperti konsultasi pendek.
Skrip lengkap ada dalam skrip follow up customer WhatsApp.
Soalan lazim
Perlu ke letak harga dalam iklan untuk elak soalan ni?
Untuk servis standard, letak harga “bermula dari” boleh tapis pelanggan yang tak sesuai. Untuk servis yang harganya berbeza ikut kes, lebih baik jemput mereka bertanya dan sediakan skrip balasan yang betul.
Macam mana nak handle price shopper?
Bagi maklumat dengan sopan dan cepat, tapi fokuskan tenaga follow up pada pelanggan yang menjawab soalan anda. Tak semua orang yang tanya harga ialah pelanggan anda.
Balasan template automatik okey ke?
Okey untuk mesej pertama luar waktu kerja. Tapi soalan harga lebih baik dijawab oleh manusia, sebab balasan yang terlalu umum mudah buat pelanggan pergi.
Berapa lama nak tunggu sebelum follow up?
Untuk kebanyakan servis, satu hari selepas harga diberi ialah masa yang sesuai untuk follow up pertama, dengan maklumat tambahan yang berguna.
Langkah seterusnya
Cara balas harga, follow up dan sistem WhatsApp ni ada dalam Blueprint Dapat Klien di Kaio Academy, RM17.



