Owner tutup ad video sebab cost per message RM12. Dua minggu lepas tu, dia sedar ad tu sebenarnya yang paling banyak bawa client.
Cost per message Facebook Ads ialah metrik paling kerap disalah baca oleh owner bisnes servis. Artikel ni tunjuk cara tahu sama ada kos mesej anda mahal atau murah, guna nombor bisnes anda sendiri, bukan purata industri.
Berapa cost per message Facebook Ads yang normal?
Tiada angka normal yang sama untuk semua bisnes. Kos per mesej bergantung pada industri, creative, lokasi dan musim. RM15 setiap mesej boleh jadi sangat murah untuk servis bernilai RM10,000, dan sangat mahal untuk servis RM80. Yang penting ialah had berbaloi untuk bisnes anda sendiri.
Dalam Ads Manager, metrik yang patut dipantau ialah Messaging conversations started dan Cost per messaging conversation started. Tambah melalui Columns, kemudian Customize columns, di bahagian Messaging.
Macam mana nak kira had cost per message yang berbaloi?
Darab bajet yang anda sanggup belanja untuk dapat seorang client dengan kadar closing dari mesej. Hasilnya ialah kos maksimum setiap mesej yang masih untung. Kalau kos sebenar bawah angka ni, iklan anda berbaloi walaupun bunyinya mahal.

Contoh senario untuk firma renovation:
- Purata projek RM30,000, untung kasar 25% = RM7,500
- Sanggup belanja 10% untuk dapat client = RM750
- Seorang client daripada 40 mesej (2.5%)
- Had kos per mesej = RM750 × 2.5% = RM18.75
Kalau kos sebenar RM12, iklan tu untung. Kalau RM35, ada sesuatu yang perlu dibetulkan.
Kenapa cost per message tiba-tiba naik?
Kos naik biasanya sebab creative dah letih, audience terlalu sempit, atau campaign kerap diubah sampai kembali ke fasa pembelajaran. Kadang-kadang ia juga bermusim, contohnya hujung tahun bila lebih ramai pengiklan bersaing.
Semak empat benda ni ikut turutan:
- Umur creative. Dah berapa minggu ad yang sama jalan?
- Frequency. Kalau orang yang sama nampak ad berkali-kali, minat jatuh.
- Perubahan setting. Ada tak anda ubah bajet atau audience minggu ni?
- Musim. Banding dengan tempoh sama tahun lepas kalau ada data.
Penerangan penuh pasal letih creative ada dalam kenapa Facebook Ads bagus 2 minggu, lepas tu kos naik.
Cost per message murah tapi tak ada closing. Kenapa?
Mesej murah tak semestinya bagus. Kalau creative terlalu umum atau ada tawaran “percuma”, anda mungkin dapat ramai yang bertanya sekadar suka-suka. Ukur sampai ke closing, bukan berhenti di mesej.
Kalau masalahnya pada cara team membalas, bukan iklan, baca lead banyak tapi tak closing.
Soalan lazim
Cost per message dengan cost per lead sama ke?
Hampir sama dalam konteks iklan WhatsApp. Cost per message ialah kos untuk satu perbualan dimulakan. Cost per lead biasanya merujuk kepada borang yang diisi. Untuk bisnes servis yang guna WhatsApp, cost per message lebih relevan.
Patut ke saya tutup ad yang cost per message tinggi?
Jangan tutup berdasarkan kos mesej sahaja. Semak dulu berapa yang jadi client daripada ad tu. Ad dengan kos mesej tinggi kadang-kadang bawa pelanggan yang lebih serius.
Berapa lama nak tunggu sebelum menilai cost per message?
Sekurang-kurangnya tujuh hari tanpa perubahan besar. Data sehari dua terlalu sedikit dan mudah mengelirukan.
Macam mana nak turunkan cost per message?
Uji creative baru yang bercakap terus tentang masalah pelanggan, guna audience luas, tulis mesej pembuka yang memudahkan orang bertanya, dan elak ubah setting terlalu kerap.
Langkah seterusnya
Nak saya semak akaun iklan anda dan tunjuk cara kira had kos per mesej untuk bisnes anda sendiri? Lihat Personal Coaching Meta Ads.



